Problem and failureSomebody pernah berkata,
"Life's real failure is when you do not realize how close you were to success when you gave up". Memang benar,ramai antara kita yang tidak sedar bahawa kita sebenarnya semakin hampir kepada kejayaan apabila kita mengambil keputusan untuk berputus asa. Apabila kita membuat keputusan untuk menarik diri atau mengalah,kita sebenarnya sudah mensia-siakan usaha kita selama ini.
Masalah dalam hidup ini adalah lumrah dan perkara biasa.Semua orang ada masalah masing-masing cuma ada yang mengambil jalan untuk mengatasi masalah walaupun terpaksa bersusah payah dan ada yang mengambil jalan mudah untuk selesaikan masalah malah ada juga yang langsung membiarkan saja masalah dihadapinya itu.
Sesukar manapun masalah yang kita hadapi, pilihlah untuk cuba menyelesaikannya dengan sebaik mungkin. Sesukar manapun rintangan yang dihadapi, pilihlah untuk terus berusaha tanpa rasa putus asa. Seperti kata-kata yang paling aku sukai dari filem yang paling aku sukai
"It is not about how hard you can hit, it is about how hard you can get hit and keep moving forward"-Rocky Balboa
♥