Melayu mudah lupa.frasa yang diungkapkan Tun Dr Mahathir,mantan PM kita.memang zahirnya melayu nih mudah lupa.bukannya sbb masalah short term memory or memory loss,tapi saja2 dia ja nak lupa.ahaks..
AnakSebagai anak,jasa kedua orang tua harus sentiasa dikenang dan dibalas.orang tua yang bersusah payah membesarkan kita,sepatutnya bila dewasa kita yang patut menjaga mereka,tapi malangnya, MELAYU MUDAH LUPA.ada yang derhaka,melawan kata,memaki hamun ibubapa seniri dan lastly menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.
PelajarGuru banyak membantu kita.beri kita ilmu sebagai persediaan menghadapi hari sebagai dewasa.tapi MELAYU MUDAH LUPA.ada yang langsung xkenang jasa guru.malah dianiayanya guru seniri.kalo yang berjaya,dikatakan kejayaannya hasil usaha sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.
Guru/PekerjaGuru yang baik selalunya dapat melahirkan pelajar yang baik.namun ada juga guru yang alpa pada tugasnya.tidak amanah pada pekerjaannya utk mendidik anak bangsa.diutamakan kepentingan diri seniri.waktu bekerja byk dipenuhi dgn aktiviti bersembang atau lain2 aktiviti yang tidak berkaitan dgn tugasnya utk mendidik.Pekerja di sektor lain juga sama.waktu bekerja dipandang mudah.tak menjaga amanah dari majikan.MELAYU MUDAH LUPA.
MajikanSepatutnya menjaga kebajikan pekerja.pekerja yang banyak membantu meningkatkan ekonomi/keuntungan perniagaan si majikan.namun MELAYU MUDAH LUPA, demi menjaga periuk nasi seniri, pekerja dikerah tenaga sepenuhnya,bayaran diberi pula tidak setimpal.
Diri Sendiridiri sendiri penuh dengan tanggungjawab.namun bila tak mampu penuhi tuntutan,memilih untuk mengabaikan semua tanggungjawab.MELAYU MUDAH LUPA.lupa bahawa setiap apa yang kita lakukan,pasti ada pembalasan.yang baik dibalas baik,yang jahat dibalas jahat.
♥