Tentangku

Photobucket
18, Damai Street
If you can't take me at my worst,
you don't deserve me at my best.
Jika kau tidak dapat menerima keburukanku,
kau tidak layak menerima yang terbaik tentangku.

Laman Bicara

...

Terbaik

nurfaliha
bart
kamal
cikinto
kodoks
manutd
jom buat duit
buat pencinta sejarah
Lathef Mutalib

Create Your Badge


Koleksi

October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
March 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009


Credits

Lathef and Wife
Photobucket
Ramai kerrr?

Layannn..

KEPUTUSAN DAN PENYESALAN
Friday, October 23, 2009

dalam hidup setiap insan,tidak semuanya yang terjadi adalah menurut kehendak kita.kadang apa yang kita inginkan tidak tercapai tapi apa yang kita tidak inginkan itu yang terjadi.kadang itu adalah suratan takdir dan kadangnya adalah kesilapan kita dlm membuat perhitungan atau keputusan.

PELAJARAN

semasa menjadi student (mostly lelaki),banyak masa dibuangkan utk aktiviti yang tidak berkaitan dgn pelajaran.pelajaran diambil mudah.apabila gagal atau keputusan tidak sebagus mana,baru lah timbul penyesalan."Awatla aku tak pulun sungguh-sungguh dulu" adalah ayat yang lazim akan keluar.tapi keputusan peperiksaan itulah adalah hasil dari tindakan atau keputusan yang kita amik untuk lebihkan berfoya dari belajar.

CHENTA

ini maybe mcm dlm pelajaran jugak.banyak berlaku.sukakan someone tetapi takut nak luahkan.simpan saja dlm hati.kenapa takut nak luahkan?mungkin sbb tak dapat menerima REJECTION.tak dpt menerima hakikat diri ini ditolak.sudahnya?sampai ke tua regrets."kalaulah aku try dulu,silap-silap dapat pa".sampai ke tua duk kalau itu lah.itu bab tak berani mencuba,tapi ada jugak yang berani tapi tersilap memilih.kemudiannya menyesal di kedian hari.

KERJAYA

semua orang kalo buleh nak kan kerja yang mudah tetapi gajinya lebat.biasalakan.typical malaysian.tak kata sapa aku pun sama ja.kadang2 tu kita pilih job yang senang dan pendapatan pun buleh tahan.tapi byknya selepas itu menyesal dan mula pikir nak benti keja.sbb?kebanyakkan kerja senang ini adalah membosankan.rutin harian almost exactly the same every working days.so apa yg baru utk diexplore?minggu pertama semangat kerja,minggu ke2 dah kurang,minggu ke3 rasa tekanan,minggu ke4 rasa nak benti ja.

hakikatnya dlm setiap penyesalan kita,puncanya adalah dari kesilapan kita dalam membuat keputusan.kebanyakkan dari kita apabila membuat keputusan,tidak pernah berfikir semasak-masaknya.kebanyakkannya mengikut kata hati walhal hati kita bukanlah suci sangat sehingga buleh guide kita ke arah yang betul.akal kurniaan Allah itu yang perlu kita gunakan sebaik mungkin.dan seteruk mana pun kesilapan kita,setiap kesilapan seperti di atas buleh dibaiki.

janganlah jadi seperti sesetengah insan yang apabila insan yang disayangi masih hidup (isteri,suami,anak,ayah,ibu),diabaikan.tidak diendahkan dan tidak disayangi sepenuhnya.tapi apabila mereka pergi tak kembali (menemui penciptaNYA),barulah nak menyesal.itulah penyesalan yang paling tiada gunanya.kesilapan yang tidak dapat dibaiki.