18, Damai Street
If you can't take me at my worst,
you don't deserve me at my best.
Jika kau tidak dapat menerima keburukanku,
kau tidak layak menerima yang terbaik tentangku.
Stil dalam musim raya even dah nak dkt hujung-hujung dah nih.nak post lama dah sebenarnya topik nih tapi biasa la kan,malas punya pasal.ahaks..1st time dengar lagu nih tak adalah rasa apa sangat selain dari lagu dia best.tapi lepas tu bila dengar lirik dia,bertambah la rasa suka terhadap lagu nih.
Antara sedar atau tidak,kita semua ada kaitan dengan lirik lagu nih.waktu kecil2 dulu,apa yg kita mahu kita minta ja,tak penah fikir sama ada ayan dan emak kita mampu tunaikan atau tidak.bila tak dapat apa yg diinginkan,kita merajuk.waktu raya lagilah,tiap2 tahun mesti nak baju baru.ayah ngan mak kita setiap kali raya mesti buat yang terbaik dalam memenuhi keinginan kita.
Bagi yang family orang berada, lagilah hampir suma kemahuan dipenuhi.tapi bila dah dewasa nih,penah ka kita fikirkan tentang pengorbanan ayah ibu kita dulu.bukan setakat setiap kali raya sahaja,tapi setiap hari dalam hidup kita dari kecik sehinggalah dah besar panjang.ayah penat bekerja mencari rezki,mak plak di rumah menjaga kita dan rumah yg sentiasa kita sepahkan di waktu kecik.
Mungkin ada yang kenang suma nih namun ada jugak yang dah lupa suma nih bila masuk ke alam percintaan.ada yang kerna turutkan cinta ayah dan ibu dilawan.kerna turutkan cinta keluarga dibuang.kerna diturutkan cinta segala jasa ibubapa dilupakan.kerna turutkan cinta berani meninggi suara terhadap ibubapa.ada juga yg lupakan ibubapa bila sudah berjaya dalam karier.sudah kaya keluarga dilupa.
Apa gunanya berkawin dengan pasangan idaman sekiranya tiada restu dari ibubapa.lupakah pada REDHA IBUBAPA REDHA ALLAH JUA.kerna pasangan yang baru dikenali xsampai 3-4 tahun,ibubapa yg dari kecil menjaga kita diketepikan.bila sudah berjaya,pengorbanan ibubapa bersusah payah mencari rezki untuk memberi pendidikan pada kita dilupakan.
Saja menulis tentang ni sbb zaman sekarang makin ramai yang lupa jasa ibubapa.baguslah kalo diperbanyakkan lagu2 seperti ini.bagi yang masih ada ibubapa,elok lah menghormati dan mennyayangi mereka seadanya sebelum mereka dijemput kembali menemui penciptaNYA.