Tentangku

Photobucket
18, Damai Street
If you can't take me at my worst,
you don't deserve me at my best.
Jika kau tidak dapat menerima keburukanku,
kau tidak layak menerima yang terbaik tentangku.

Laman Bicara

...

Terbaik

nurfaliha
bart
kamal
cikinto
kodoks
manutd
jom buat duit
buat pencinta sejarah
Lathef Mutalib

Create Your Badge


Koleksi

October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
March 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009


Credits

Lathef and Wife
Photobucket
Ramai kerrr?

Layannn..

Kawan
Monday, October 26, 2009

Kawan....setengah orang kata,dlm berkawan jangan memilih.tapi yang setengah lagi kata,dlm berkawan kena berhati-hati,kena pandai memilih kawan.so mcm mana ya?Kawan nih ada yang baik,ada yang tak berapa baik.kalo kena yang tak berapa baik tuh,nak wat mcm mana?xperlu kawan dah ka? :)

Memang susah dlm bab berkawan ni.ada kawan yang sangat2 baik.selalu ada disisi kita saat kita susah mahupun senang.tapi ada jugak kawan seperti dlm pepatah melayu "kawan ketika senang" saja.time susah kawan lari.sebabnya?sebab takut kita susahkan kawan.

Ada plak kawan jenis yang suka amek kesempatan dekat kita.makna kata berkawan itu tidak ikhlas la.ada yang jenis tak kenang jasa.dah byk kita bantu,alih-alih kita dipijaknya,ditikamnya.Ada jugak yang lupa pada kawan bila dah berjaya.Dulu rapat kini serupa tak penah kenal.bukan takat bila dah berjaya ja,ada juga bila dah berchenta,lupakan kawan-kawan jugak.

Adat la tuh.saja posting ttg nih.saja terfikir bab kawan nih.

Melayu Mudah Lupa
Sunday, October 25, 2009

Melayu mudah lupa.frasa yang diungkapkan Tun Dr Mahathir,mantan PM kita.memang zahirnya melayu nih mudah lupa.bukannya sbb masalah short term memory or memory loss,tapi saja2 dia ja nak lupa.ahaks..

Anak

Sebagai anak,jasa kedua orang tua harus sentiasa dikenang dan dibalas.orang tua yang bersusah payah membesarkan kita,sepatutnya bila dewasa kita yang patut menjaga mereka,tapi malangnya, MELAYU MUDAH LUPA.ada yang derhaka,melawan kata,memaki hamun ibubapa seniri dan lastly menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.

Pelajar

Guru banyak membantu kita.beri kita ilmu sebagai persediaan menghadapi hari sebagai dewasa.tapi MELAYU MUDAH LUPA.ada yang langsung xkenang jasa guru.malah dianiayanya guru seniri.kalo yang berjaya,dikatakan kejayaannya hasil usaha sendiri tanpa bantuan dari sesiapa.

Guru/Pekerja

Guru yang baik selalunya dapat melahirkan pelajar yang baik.namun ada juga guru yang alpa pada tugasnya.tidak amanah pada pekerjaannya utk mendidik anak bangsa.diutamakan kepentingan diri seniri.waktu bekerja byk dipenuhi dgn aktiviti bersembang atau lain2 aktiviti yang tidak berkaitan dgn tugasnya utk mendidik.Pekerja di sektor lain juga sama.waktu bekerja dipandang mudah.tak menjaga amanah dari majikan.MELAYU MUDAH LUPA.

Majikan

Sepatutnya menjaga kebajikan pekerja.pekerja yang banyak membantu meningkatkan ekonomi/keuntungan perniagaan si majikan.namun MELAYU MUDAH LUPA, demi menjaga periuk nasi seniri, pekerja dikerah tenaga sepenuhnya,bayaran diberi pula tidak setimpal.

Diri Sendiri

diri sendiri penuh dengan tanggungjawab.namun bila tak mampu penuhi tuntutan,memilih untuk mengabaikan semua tanggungjawab.MELAYU MUDAH LUPA.lupa bahawa setiap apa yang kita lakukan,pasti ada pembalasan.yang baik dibalas baik,yang jahat dibalas jahat.

KEPUTUSAN DAN PENYESALAN
Friday, October 23, 2009

dalam hidup setiap insan,tidak semuanya yang terjadi adalah menurut kehendak kita.kadang apa yang kita inginkan tidak tercapai tapi apa yang kita tidak inginkan itu yang terjadi.kadang itu adalah suratan takdir dan kadangnya adalah kesilapan kita dlm membuat perhitungan atau keputusan.

PELAJARAN

semasa menjadi student (mostly lelaki),banyak masa dibuangkan utk aktiviti yang tidak berkaitan dgn pelajaran.pelajaran diambil mudah.apabila gagal atau keputusan tidak sebagus mana,baru lah timbul penyesalan."Awatla aku tak pulun sungguh-sungguh dulu" adalah ayat yang lazim akan keluar.tapi keputusan peperiksaan itulah adalah hasil dari tindakan atau keputusan yang kita amik untuk lebihkan berfoya dari belajar.

CHENTA

ini maybe mcm dlm pelajaran jugak.banyak berlaku.sukakan someone tetapi takut nak luahkan.simpan saja dlm hati.kenapa takut nak luahkan?mungkin sbb tak dapat menerima REJECTION.tak dpt menerima hakikat diri ini ditolak.sudahnya?sampai ke tua regrets."kalaulah aku try dulu,silap-silap dapat pa".sampai ke tua duk kalau itu lah.itu bab tak berani mencuba,tapi ada jugak yang berani tapi tersilap memilih.kemudiannya menyesal di kedian hari.

KERJAYA

semua orang kalo buleh nak kan kerja yang mudah tetapi gajinya lebat.biasalakan.typical malaysian.tak kata sapa aku pun sama ja.kadang2 tu kita pilih job yang senang dan pendapatan pun buleh tahan.tapi byknya selepas itu menyesal dan mula pikir nak benti keja.sbb?kebanyakkan kerja senang ini adalah membosankan.rutin harian almost exactly the same every working days.so apa yg baru utk diexplore?minggu pertama semangat kerja,minggu ke2 dah kurang,minggu ke3 rasa tekanan,minggu ke4 rasa nak benti ja.

hakikatnya dlm setiap penyesalan kita,puncanya adalah dari kesilapan kita dalam membuat keputusan.kebanyakkan dari kita apabila membuat keputusan,tidak pernah berfikir semasak-masaknya.kebanyakkannya mengikut kata hati walhal hati kita bukanlah suci sangat sehingga buleh guide kita ke arah yang betul.akal kurniaan Allah itu yang perlu kita gunakan sebaik mungkin.dan seteruk mana pun kesilapan kita,setiap kesilapan seperti di atas buleh dibaiki.

janganlah jadi seperti sesetengah insan yang apabila insan yang disayangi masih hidup (isteri,suami,anak,ayah,ibu),diabaikan.tidak diendahkan dan tidak disayangi sepenuhnya.tapi apabila mereka pergi tak kembali (menemui penciptaNYA),barulah nak menyesal.itulah penyesalan yang paling tiada gunanya.kesilapan yang tidak dapat dibaiki.

Movies
Tuesday, October 20, 2009

Semalam bosan2 aku layan movie kat umah dengan murni.kami tgk cerita COMMANDO.cerita lama lakonan ARNOLD SCHWARZENEGGER.cerita ni ala2 RAMBO 1 sket.sorang bekas tentera yang slumber sorang2 dia leh lawan suma org jahat.agak sampah jugak la cerita nih tapi sebab ni product HOLLYWOOD,so xramai pun pertikai cara hero lawan dalam nih.cuba kalo ni produk BOLLYWOOD or filem Tamil,mesti ramai yang maki kaw2 nya.antara ayat2 yang mungkin keluar,

"hero tembak skali ja kena,jahat ramai2 tembak hero xkena"
"pistol depa peluru xpenah abes"
"kuat gila hero sampai leh slumber ja cabut seat kereta guna tangan"

actually banyak lagi filem2 hollywood yang agak sampah.sampah dari segi penceritaan la.aksi yang xlogik akal.xpercaya?cuba la tonton filem2 nih

1.JOHN RAMBO aka RAMBO 1
2.COMMANDO
3.SHOOT'EM UP
4.RUNNINGMAN
5.MAD MAXX

anda jugak buleh try tonton filem2 hollywood nih yang bg aku sangat menarik tapi kurang popular

1.INVINCIBLES
2.DAYLIGHT
3.DUPLICITY
4.ENEMY OF STATE
5.POSEIDON
6.GHOST SHIP
7.PERFECT STORM
8.B13 (katanya dah dibuat versi hollywood dgn judul DISTRICT 13)

Tapi apa2pun,aku stil menunggu filem dari indonesia.bukannya minat sgt dgn filem indonesia tapi yang 1 filem nih sangat best.mengangkat kembali martabat dunia silat. lihat trailer nih



http://www.merantau-movie.com/

tapi rasanya filem nih tak masuk wayang Malaysia.wayang Malaysia nih banyak ambil filem2 sampah lakonan pelakon terkenal saja.

Duit Dan Manusia
Monday, October 19, 2009

Baru-baru ni aku ada pegi satu mesyuarat agung luar biasa.macam2 hal la dibincangkan dlm tuh dan banyaknya berkisarkan atau berkaitan dengan duit lah.aku ni biasa lah,bukannya tau apa pun,pegi mesyuarat pun sbb ada elaun mesyuarat,kalo x haruih dah tak pegi.ahaks.so tengah bosan2 dlm bilik mesyuarat tuh,tiba time 1 bab yang diperbincangkan,berlaku la pergaduhan.kelam kabut gak la keadaan time tuh.siap ugutan berbaur ancaman semua ada.puncanya??apa lagi kalo bukan tentang D.U.I.T.tau apa itu DUIT?

Duit
Usik
Iman yang
Tipis

Dalam paper pun mungkin kita penah baca orang berkelahi disebabkan duit,membunuh disebabkan duit.Macam mana seorang anak sanggup pukul parentnya hanya disebabkan duit.All this things happen disebabkan angkara duit.ramai orang kata duit bukan buleh selesaikan semua masalah.betul!tadak sapa nafikan hakikat tuh.tapi ramai yang tak sedar bahawa duit punca kepada banyak masalah.banyak masalah timbul disebabkan duit.duit banyak pun masalah tadak duit lagi la masalah.

Kadang sedih tgk sebab apa ramai sangat yang bertindak di luar kawalan hanya disebabkan duit.seolah hamba pada duit.bukan takat yang muda2 saja bertumbuk kerna duit,yang berusia pun sama.sampai putus hubungan saudara,putus keluarga,putus persahabatan.Money is the thing that you can find,you can earn but family?friends?..betul kawan pun buleh cari lagi tapi adakah sama dengan kawan yang berkelahi kerna duit?sanggup bermusuhan hanya kerna duit sedangkan sebelumnya penah susah senang bersama.

p/s : xberbaloi kerna duit sampai sanggup bertikam.kesudahannya nanti ke penjara or ke kubur,duit pun xdpt sentuh.hidup jangan ikut hawa nafsu,jangan jadi hamba duit.WE OWN THE MONEY NOT THE MONEY THAT OWN US.

PAPADOM TERBAIK!!
Tuesday, October 13, 2009



Semalam me n my wife keluar jalan2.maklumlah ada orang 2 dah bising2 kata kurang masa bersama.ekeke.so kami decide nak pegi tgk crita PAPADOM.memang dah lama tunggu cerita nih keluar.selama 1jam 55 minit duk dalam panggung BIG C dekat AS MALL tuh,ternyata tak mengecewakan.tak salah or tak over andai dikatakan PAPADOM nih FILEM MELAYU TERBAIK setakat hari nih.dari segi permulaan cerita,sususan crita,lakonan pelakon2 dan skor muzik,memang class!!selayaknya untuk menang FILEM TERBAIK masa FFM 22 ari2.

Permulaan cerita dgn bergambar di kedai Nasi Kandar Saadom Cawangan Tepi Dinding Kedai diikuti dgn lagu nyanyian kumpulan boria dah menunjukkan yang filem ini sangat menarik.Liyana Jasmay pun sangat comel dalam filem nih.ahaks.


"Rambut nak ikat berapa hari nih?" - Saadom
"Ikat satu" - Miasara
"Kita ikat tigalah" - Saadom



Aku suka dengan lagu Miasara.sedap layan.apa2pun,filem nih mmg terbaik.Norkhiriah,Farid Kamil,Que,Scha semuanya berlakon best dalam filem nih.Bagi yang belum tgk,or bg yang selama nih tak suka filem2 Afdlin,p la tonton filem nih, filem nih lain dan terbaik.tadak lagi kroni2 afdlin dlm nih.no ac mizal,no awie,no hans,no harith.


aku nih jenis yang susah nak tersentuh tengok filem-filem nih.ada la 4-5 filem ja yang mampu buat aku 'touching'.2 pun filem2 omputih la.tapi filem nih mmg da best.part lawak best part sedih pun best.mmg sangat2 tersentuh.tambah2 plak dah nak jadik ayah nih kan.ekeke..so terasa la dengan kesungguhan Saadom memberi yang terbaik untuk Miasara.



p/s :bart,lekaih balik kedah.aku nak p tgk skali g filem nih.jom!haha

LATHEF
Sunday, October 11, 2009

Hari ni saja bosan-bosan aku google la nama LATHEF internet.jumpa la ramai gak yg ejaan nama sama ngan aku.tapi kebanyakkannya di India la.mmg pun dulu masa aku p india,aku jumpa 1 signboard kedai yang ada tulis LATHEEF (maybe nama tuan kedai kot). tapi kat malaysia nih mmg blum penah jumpa la insan yang ejaannya LATHEF.paling hampir aku penah jumpa LATIEF.senior aku masa zaman sekolah dulu.

Aku cuma tau asal usul nama aku ni dari nama2 Allah ja.masa 2 aku susah nak kuaq (buas sgt kot.ekeke).kiranya mak aku ni susah la nak beranakkan aku.so ayah aku p solat hajat and abes solat duk wirid nama2 Allah.sampai ja kat YA LATIF,aku pun kuaq.so sbb 2 aku ni dinamakan LATHEF.ejaan 2 plak maybe sbb ayah aku nih ada darah keturunan India sama,so ejaan 2 cara sana la kot.;-)

neway aku mmg suka pun ejaan nama aku nih.unik kalo di malaysia.ahaks

Friday, October 09, 2009




AYAH IBU ANAK

Stil dalam musim raya even dah nak dkt hujung-hujung dah nih.nak post lama dah sebenarnya topik nih tapi biasa la kan,malas punya pasal.ahaks..1st time dengar lagu nih tak adalah rasa apa sangat selain dari lagu dia best.tapi lepas tu bila dengar lirik dia,bertambah la rasa suka terhadap lagu nih.

Antara sedar atau tidak,kita semua ada kaitan dengan lirik lagu nih.waktu kecil2 dulu,apa yg kita mahu kita minta ja,tak penah fikir sama ada ayan dan emak kita mampu tunaikan atau tidak.bila tak dapat apa yg diinginkan,kita merajuk.waktu raya lagilah,tiap2 tahun mesti nak baju baru.ayah ngan mak kita setiap kali raya mesti buat yang terbaik dalam memenuhi keinginan kita.

Bagi yang family orang berada, lagilah hampir suma kemahuan dipenuhi.tapi bila dah dewasa nih,penah ka kita fikirkan tentang pengorbanan ayah ibu kita dulu.bukan setakat setiap kali raya sahaja,tapi setiap hari dalam hidup kita dari kecik sehinggalah dah besar panjang.ayah penat bekerja mencari rezki,mak plak di rumah menjaga kita dan rumah yg sentiasa kita sepahkan di waktu kecik.

Mungkin ada yang kenang suma nih namun ada jugak yang dah lupa suma nih bila masuk ke alam percintaan.ada yang kerna turutkan cinta ayah dan ibu dilawan.kerna turutkan cinta keluarga dibuang.kerna diturutkan cinta segala jasa ibubapa dilupakan.kerna turutkan cinta berani meninggi suara terhadap ibubapa.ada juga yg lupakan ibubapa bila sudah berjaya dalam karier.sudah kaya keluarga dilupa.

Apa gunanya berkawin dengan pasangan idaman sekiranya tiada restu dari ibubapa.lupakah pada REDHA IBUBAPA REDHA ALLAH JUA.kerna pasangan yang baru dikenali xsampai 3-4 tahun,ibubapa yg dari kecil menjaga kita diketepikan.bila sudah berjaya,pengorbanan ibubapa bersusah payah mencari rezki untuk memberi pendidikan pada kita dilupakan.

Saja menulis tentang ni sbb zaman sekarang makin ramai yang lupa jasa ibubapa.baguslah kalo diperbanyakkan lagu2 seperti ini.bagi yang masih ada ibubapa,elok lah menghormati dan mennyayangi mereka seadanya sebelum mereka dijemput kembali menemui penciptaNYA.



Lirik – Hujan & Raihan – Salam Aidilfitri Ayahanda & Bonda

Salam Aidilfitri Ayahanda Dan Bonda

Terkenang Di Ketika Itu
Ku Dimanja Dan Disayang Selalu
Apa Saja Kemahuan Diri
Akan Cuba Dipenuhi

Walau Hidup Dalam Kesukaran
Kau Kan Cuba Untuk Membahagiakan
Demi Anak-Anak Yang Tersayang
Kau Berdua Kan Berkorban

Tetapi Baru Kusedari
Tidak Mungkin Kan Terbalas Budi
Pengorbanan Mu Tiada Ternilai
Hanya Tuhan Kan Membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup Berbakti

Pabila Menjelang Lebaran
Baju Baru Kan Disediakan
Walau Mungkin Kami Tak Mengerti
Keperitan Saat Itu

Namun Wajahmu Terus Barcahaya
Oh Sucinya Kasih Sayang Itu
Di Bibir Mu Kan Menguntum Senyum
Andai Anakmu Bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah Bonda Yang Dicintai
Maafkanlah Anakmu Ini
Kerna Belum Cukup BerbaktiDi Aidilfitri,Di Aidilfitri

andaikata
Wednesday, October 07, 2009

Dalam kehidupan seharian,selalu saja ada tindak tanduk kita yang salah.sentiasa ada kesalahan yang kita lakukan sama ada dalam sedar atau tidak. Contoh terbaik ialah kata-kata kesat atau maki hamun. Kita mungkin tidak sedar tapi hakikatnya maki hamun itu sebahagian dari rutin harian kita. Betul? Tersepak batu, batu dimaki. Menonton movie yang tidak berapa menarik, movie dimaki. Makanan tak sedap,makanan dimaki. Sentiasa ada saja perkataan kurang enak keluar dari mulut kita. Itu baru dihisab tentang maki hamun, belum dikira lain-lain lagi kesalahan dalam hidup kita.

Apa agaknya akan terjadi andaikata kita diberi RM1 untuk setiap kesalahan yang kita lakukan?Hurm...menarik?Berapa ramai agaknya jutawan yang akan lahir di Malaysia?Masih wujudkah kemiskinan di Malaysia?Andaikata ramai jutawan atau hartawan dilahirkan,maknanya ramailah rakyat Malaysia yang berperilaku negatif. Suka melakukan kesalahan atau perkara-perkara tidak elok.SELF MADE MILLIONAIRE..

Cuba pulak bayangkan andai setiap kebaikan yang kita lakukan kita diberi RM1,ramai tak jutawan yang akan dilahirkan?Lebih banyak atau kurang dari JUTAWAN SALAH?Rasanya lebih ramai jutawan hasil melakukan kesalahan dari jutawan hasil melakukan kebaikan.Maksudnya???Bak kata Nabil Raja Lawak yang dah tak berapa nak lawak, LU PIKIRLAH SENIRI....