Tentangku

Photobucket
18, Damai Street
If you can't take me at my worst,
you don't deserve me at my best.
Jika kau tidak dapat menerima keburukanku,
kau tidak layak menerima yang terbaik tentangku.

Laman Bicara

...

Terbaik

nurfaliha
bart
kamal
cikinto
kodoks
manutd
jom buat duit
buat pencinta sejarah
Lathef Mutalib

Create Your Badge


Koleksi

October 2006
November 2006
December 2006
January 2007
February 2007
March 2007
April 2007
May 2007
March 2009
August 2009
September 2009
October 2009
November 2009
December 2009


Credits

Lathef and Wife
Photobucket
Ramai kerrr?

Layannn..

E- Dagang
Sunday, August 30, 2009

Rakan-rakan dan Biz E-Dagang

Untuk yang blum tau,aku ada join satu biz e-dagang pada awai tahun 2009 nih.(kalo nak tau leh klik kat link 'jom wat duit')..actually aku dengaq tentang biz nih dah lama.kalo xsilap dari tahun 2006.masa 2 kat melaka.kawan ros yang perkenai biz nih dekat aku ngan alip.tapi masa 2 aku ni negatif orangnya.bila ja dia crita buleh buat duit puluh ribu bulan2,aku terus tgk dia atas bawah,aku perati handphone dia,sumanya xmenampakkan ciri2 seorang biz yg byk duit (",)..so aku wat conclusion kata biz ni pembohong ja.tapi aku stil ikut perkembangan company nih melalui internet lah.

Nak dijadikan crita,dlm ujung thn lepas,masa akak aku tolak tawaran utk jadik dealer DCL bagi zon utara(sbb kekurangan modal),aku tegur kak aku sbb apa ditolak coz jadik dealer 2 benefit banyak.then aku terpikir balik ttg company e-dagang td,aku xberminat nak join plan depa cuma aku teringin nak tau kot2 depa memerlukan dealer utk pasarkan produk2 depa.tapi xdak program mcm 2 dlm company 2.

xlama lepas 2 plak,aku dpt flyers dr paper.masa 2 plak aku baru ja bukak cc aku.tapi disebabkan saingan yg byk,so aku ada masalah kewangan gak la.then aku buat keputusan utk sms ja no kat flyers 2.pendekkan cerita,aku p dengaq taklimat(setelah 3kali aku reject pelawaan brader 2) then masa taklimat 2 tekeluaq la nama kompeni nih.terdetik la dlm hati "OO,yang nih ka..nyesai aku mai".tapi lepas dengaq full explanation dan testimoni dari jutawan penang,aku terbukak hati utk join.malam 2 gak bayaq jadik ahli.

then bila nak start biz nih,aku dapat balik apa yg aku wat dulu.dulu aku kata biz nih tipu,la org len lak kata balek kat aku.kan padan muka..ekeke..yg paling best bila membe perli,masa 2 aku baru 3 hari wat biz nih,dia kata "awat?ang dah pakai caldina dah ka?"..alo bro,buat p la biz apa pun,xkan mgu pertama buat biz dah leh beli keta(",)..tapi xpala,bukan suma org leh terima biz mcm nih n bukan suma org paham.so aku teruskan pelan2.alhamdulillah la dah ada 21org bawah jaringan aku(7bulan baru 21org nih sebenaqnya slow gila).tapi xpala,atleast ada peningkatan dan aku stil wat pelan2 walaupun org kata mcm2 dan walaupun ada downline yang dah putus asa.

semalam masa event dkt menara zakat,ramai sgt yg hadir.alhamdulillah.semoga ramai lagi yg terbukak hati utk join biz mcm nih.xkesahla join compeni mana pun,tapi bila dah join buat lah tanpa putus asa..

p/s : buat penyokong arsenal,janganlah bersedih hati or memaki hamun si diaby.dah ditakdirkan man utd still strong even without ronaldo n tevez..glory glory man utd ;-)

Hikmah Ramadhan
Tuesday, August 25, 2009

Hikmah Ramadhan


Bulan puasa ni penuh dengan nikmat dan hikmat..nikmatnya sbb segala amalan dilakukan pada bulan ni diberikan ganjaran berlipat kali ganda dan of course la ada byk lagi.cari la seniri dengan banyakkan membaca buku2 agama yerrr ;)

yang aku nak cerita arini ialah ttg hikmah ramadhan yg kita buleh tgk sendiri..yang aku akan senaraikan nanti ialah apa yang aku perasan ttg perubahan yg berlaku dlm bulan posa ni lah.

1. ramainya muslimin dan muslimat berjemaah di masjid.
kalo kita tgk bulan2 lain selain ramadhan,kebanyakkan masjid2 nih sunyi ja.kalo nak ramai pun,cuma hari jumaat.2 pun sbb ada solat jumaat.kalo x,hurm...lu pikiaq la seniri.tapi bila ja bulan posa nih,masjid penuh.budak2 pun ramai ke masjid.perempuan pun ramai.kalo sebelum posa,laki kebanyakkan ke masjid cuma pada hari jumaat(2 pun ada gak yang tuang).pompuan plak??hurm..bila ya?cuba tanya pada diri hampa seniri(kalo yg baca ni pompuan la),bila last ke masjid b4 ramadhan?musti ada yg akan jawab dlm hati "aahkan.aku rasa aku da lama xke masjid", or ada yg jawab "errr,bila eyh?"(jenis nih nampak sgt dah lama gila x ke masjid).bukan nak ngutuk sesapa tapi ni la hakikatnya.aku sniri pun dulu2 time kat mmu p solat jumaat 2mgu skali ja (ooppps!!);-)

2.makan bersama sekeluarga
kalo tgk bulan2 len,agak susah nak kumpui 1 keluarga makan bersama.family aku seniri dulu cuma ari jumaat leh kumpui makan sekali,tapi lepas kematian arwah ayah aku,dah jarang kami kumpui sama2..tapi bila masuk ja ramadhan,tiap2 ari makan bersama.alhamdulillah.

3.solat berjemaah di rumah

aku sure xramai yg solat berjemaah di rumah zaman la nih.kalo nak jemaah pun di surau2 or masjid.tapi bila ja masuk ramadhan,lepas berbuka mesti jemaah maghrib bersama.kalo bulan2 len,mmg berat la nak wat.

yg lain2 2 byk lagi,tambah amalan.kurangkan bergosip(",),jaga mulut dan tingkah laku..banyak lagi lah.yang penting kita menjalankan kewajiban kita utk berpuasa.jangan jadik seperti player2 bola barcelona(cari seniri sapa) yang sanggup korbankan puasa demi utk pasukan depa(oopss!!tergosip plak..ekeke)..amek lah contoh seperti kanoute yang sanggup berpuasa biarpun terpaksa training dlm cuaca panas..AllahuAkhbar!!

Bulanmadu yer
Sunday, August 23, 2009

dah lama tapi saja baru nak post..ada la lepaih 2mgu kawen cam2,my wife n i (chewah!dah berbini aku nih..ekeke), p berbulan madu.tadakla jauh pun.perak ja.kami lepak di bukit merah.ada la dlm 3hari 2 malam.plan asalnya nak ke bali sbb dpt dapat pakej holiday dr uptrend, tapi sbb budget xbyk, so kami simpan dulu la pakej tuh. bulan madu ni xkesah pun jauh ka dekat,yang penting dpt p jejalan berdua (jauh dr adek beradek sat) :P



menikmati sarapan percuma..(pakej dlm hotel)

memandangkan free,kami bantai sesedap rasa.lagi xkenyang
lagi tuh kami xbangun..ekeke



























senyum ja kami.(",) bukan sbb pa,sbb dah kenyang sgt la tuh.kenyang perut suka hati.. manis dak senyuman pengantin baru nih?ahaks





















mula duk teringin nak duk kat KAMPUNG AIR CHALET kat belakang tuh,tapi apakan daya,musim padi,tasek kering so kampung air 2 depa tutup.tgk pic dlm website depa mcm best ja tempat tuh.
















dah ada laki pun duk termenung jauh g..ekeke..duk pikiaq apa pun tataw.ka duk ngidam nak nek boat kat c2..;p

dialog yg mungkin ada dlm fikiran isteriku
"kekanda,alangkah indahnya jika kita dapat menaiki bot itu.kita bersama menyusuri tasek ini yg tidak diketahui originalitinya..erm.tapi apek dreba bot 2 kita xyah bg dia ikut lah.kacau daunlah." - dreba bot?ka kapten bot?tapi bot kecik ja.panggey apa ya?ekeke















di muzium..camna nak kata cintakan malaysia kalo xmau amek tau sejarah negara..;p





















berpoyoan di dalam waterpark..xcadang pun nak mandi dlm tuh.tapi sbb tasek merah kering.nak p pulau orang utan xbuleh, so layan ja la waterpark pun..




















terbaik dari zoo!!!!!!

SELAMAT BERPUASA
Friday, August 21, 2009

SALAM RAMADHAN...

selamat berpuasa kepada semua kawan2..bulan ramadhan bulan penuh keberkatan.jika ada yang berkira2 untuk berhijrah ke arah kebaikan,inilah bulan yang sesuai.cuma janganlah seperti peribahasa 'sekali air bah sekali pantai berubah' (betoi ka nih??antam sajala),means mentang2 la bulan posa,suma berubah jadik baik,masuk ja raya teruih kembali ke tabiat lama..apapun aku berdoa semoga semua kita mendapat keberkatan di bulan ini..selamat berpuasa..

KEHIDUPAN DAN PENGISIANNYA
Tuesday, August 18, 2009

Tahun 2009 nih mungkin tahun kembalinya selebriti2 ke pangkuan penciptaNya..Michael Jackson, Farah Fawcett, Shukery Hashim, Yasmin Ahmad, Param dan Ustaz Asri Rabbani. Entah pasaipa pemergian Michael Jackson dan Ustaz Asri begitu terasa di hati. Walaupun xpernah bertemu kedua-dua insan ini tapi rasa mcm begitu dekat.Mungkin faktor lagu-lagu depa yang buat aku rasa mcm tuh..MJ ngan lagu2 bercorak kemanusiannya sementara Ustaz Asri dengan lagu2 keTuhanannya.

Kematian MJ dan Ustaz Asri menyebabkan aku sentiasa berfikir mengenai kematian.Ari ni dah 24 tahun 4bulan dan 5hari aku hidup. makin umur berganjak makin terasa dekat dengan kematian.namun masalahnya adakah aku bersedia apabila masa utk aku sudah tiba.kalo dilihat dr segi amalan mmg sah2 aku lum bersedia.tapi kematian tak menunggu sesiapa.Ustaz Asri seniri meninggal tanpa disangka, rebah ketika di studio. Yasmin Ahmad pulak rebah ketika membuat pembentangan di TV3..

Meningati mati membuat aku rasa takut.Sebab itulah Rasulullah menyuruh kita untuk sentiasa mengingati mati,supaya kita lebih bersedia.Aku mengharapkan angin perubahan dalam kehidupan.aku mengharapkan pengisian yang lebih dalam kehidupan.aku mengharapkan kehidupan yang lebih diberkati Allah..Ya Allah Ya Tuhanku,Kau kuatkanlah hatiku dan tabahkan hatiku untuk mengikut jalanMu..Amin..

Semoga kita semua diberikan peluang untuk menemui Ramadhan tahun ini.

Al - Fatihah buat arwah papaku HAJI ABDUL MUTALIB B. C.MOOSA dan juga buat semua rakan2 seagama yang telah pergi meninggalkan kita..


Rest In PEACE