78.5KG
Thursday, November 19, 2009
Petang kemarin mcm besa,aku ke gym lagi.even saket otot2 nih tak lega lagi tapi gagah gak p.konon nak wat fitness ja tapi hampeh,main besi gak last skali.ni kes treadmil penuh la nih..ramai plak umat yg berkunjung ke gym la nih..
masa dah abes main angkat2 besi,duk lepak ngan sorang mamat nih sementara duk menunggu nak dpt guna treadmil.dia nih pun baru ja join jadik ahli.dia ajak p timbang berat.aku haram tak penah tau pun dlm gym 2 ada alat penimbang..aku letak kunci keta ngan botol air kat tepi(kununnya benda2 tuh tambah berat la tuh)..bila nek ja timbang,mak aih!berat aku dah cecah 78.5kg..2 anggaran ja sbb mesin bukan digital..main agak2 ja.tapi dah hampir pada 79kg la jugak..ekeke..ni mau sket ari g leh cecah kategori heavyweight nih..ni la berat yg paling tinggi aku penah cecah.
kes nih yang duk rasa nak kena kerap p slalu gym nih p men treadmil tuh..membakar lemak2 yang ada di badan..ekeke
♥
MIMPI
Wednesday, November 18, 2009
Semalam penat gila.kena p jaga dinner kat sekolah sains kubang pasu.dari kui 5 kat dewan tuh sampai la jam 12malam..bab nak kemas paling meletihkan tuh.dah la 4orang ja yg tinggal utk kemas..pagi td nak bgn pun cam malas ja.dah la ujan sama.mmg seronok la tarik selimut.ekeke...
Masa tdoq smlm aku mimpi best.erm,mimpi best tapi sebetulnya perasaan serba salah pun ada.tapi orang kata mimpi 2 slalunya punca dari apa yg byk kita pikirkan..orang kata la.wallahualam..mimpi apa ya semalam tuh?ekeke..biarlah rahsia(nak gak guna ayat nih)..
arini sejuk gila.ujan pagi plus mendung sampai ke petang..kawasan2 kampung dilanda banjir lagi.idea nak p mengedar flyers pun terbantut lagi.maybe malam nih kot.
♥
sakit badan
Tuesday, November 17, 2009
Semalam aku p gym.dah lama sangat tinggal.last p sebulan b4 nikah..duk ada 6bulan lebey dah..tgk orang len dah tegap2 dah.aku duk tara 2 la jugak.awek2 cun yang keja dulu pun dah tadak.mcm besa aku start dengan berjoging dulu..sempat la bakar 30kalori lemak2 dlm badan.xleh byk2 sebab dah rasa sakit di kaki..lama sangat xberjoging kan.itulah..
then p la ke tempat org angkat2 besi..dulu masa kerap p dah leh guna mesin2 tuh angkat beban 38kg.la dah kena start ngan 28kg balik.mo hat mesin utk chest tuh lagi lah,kena 18kg terus..xterdaya dah nak beban 28kg.lama sangat tinggal itulah..ada mamat sorang tuh la dah leh sampai 78kg..berat lagi dari berat badan dia.(actually aku lagi berat dr mamat tuh..dia nya berat badan xsampai 70kg pun)..hampeh toi..pagi nih bangun dah saket2 badan.nak kena kerap p balik lah..bart,tunggu pa g,dpt gaji nanti jom join jadik ahli..;-)
♥
This Is It
Title serupa dengan posting bart.tapi kalo bart bukan nak cerita tentang MJ,aku plak memang nak bercerita tentang MJ.2hari lepas aku p tgk documentari THIS IS IT nih kat jitra.SUPERB!!terbaik seyh..persiapan yang dijalankan utk konsert tuh sangat2 menarik.walaupun lagu2 yang dinyanyikan adalah lagu2 lama,tapi cara penyampaian kali nih berbeza dari konsert2 HIStory sebelum nih. Penyampaian utk konsert yang sepatutnya diadakan nih lebih menarik atau buleh dikatakan sangat2 menarik.sayang konsert ni tak sempat dilaksanakan.manusia hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan..
DISCOVER THE MAN YOU NEVER GET TO KNOW...tagline documentari nih..memang pun.dari filem nih dapat tgk peribadi MJ.sangat humble,sangat sopan."God Bless You","Thank You","I love You",perkataan2 nih sentiasa dibibir MJ..cara dia bekerja dengan krew2 dia tak mencerminkan yang dia menganggap dirinya sebagai superstar.cuma tentang hal keIslamannya,wallahualam.tapi kalo tgk dlm filem nih,ada satu part masa depa berlatih tuh,dia pakai jaket hitam dengan lambang salib di belakang jaket.so pikir2 lah.


Lagu2 MJ banyak memberikan inspirasi kepada ramai orang.video klip lagu2 juga banyak memberikan inspirasi.sememangnya MJ ialah LAGENDA yang tiada ganti.Thanks MJ.May God Bless You.Rest In Peace - SAYONARA

♥
Its a complicated life
Saturday, November 14, 2009
Dalam hati setiap manusia perasaan RAGU itu wujud..kadangkala kita ragu dengan keikhlasan kawan2 or sesiapa yang membantu kita,kadangkala kita ragu dengan keupayaan kita sendiri,kadangkala kita ragu dengan keupayaan orang lain,kadangkala sehingga kita ragu kepada pasangan sendiri.Pendek kata ada sahaja benda yang hendak diragui.Baguskah feeling seperti itu?
Hidup ini begitulah.Complicated.sukar untuk diramal.kadangkala kita rasa kita kenal sangat seseorang itu,tapi rupanya tidak.kadangkala kita rasa kita nih baik sangat dengan seseorang tu,rupanya tidak.Kadangkala kita rasa kita buleh mempercayai seseorang itu,rupanya tidak.dan kadangkala itu kita rasa yang kita ini buleh dipercayai oleh seseorang,rupanya tidak.apa yang kita sangka tak semestinya tepat.
Banyak benda yang complicated dalam kehidupan seharian.teringin utk make this life simple but its not easy.ada saja benda yang tidak menyenangkan.masalah?entah.
p/s : semalam g soping pakaian ibu mengandung ngan my wife.dah masuk mgu ke 17..tinggal 21 minggu saja lagi untuk lahirnya my baby insyaAllah (",)..semoga kelahirannya nanti membawa titik perubahan ke arah positif dlm hidupku.amin
♥
Biggest Regret?
Thursday, November 12, 2009
Semalam bosan2 duk main game interview me dekat facebook..biasalah,bila hari2 ngadap internet,duk ngadap web yg sama so bosan lah.main la game interview tuh.ada la 1 soalan nih,"what is your biggest regret?"..aku sure dalam hidup setiap orang pasti ada satu benda yg dikesalkan dalam hidup.sama da "kenapa la aku buat mcm 2 dulu" or "kenapa la aku xbuat mcm 2 dulu".
kita samada akan menyesali perbuatan yang kita telah lakukan,keputusan yg telah kita ambil ataupun perbuatan yang kita rasa patut kita lakukan tapi kita tidak lakukan.paham?or konpius?ekeke..aku sendiri ada my biggest regret.tapi bukannya atas perbuatan yang telah aku buat tapi atas sesuatu yang aku patut buat tapi aku xbuat.hasilnya,sampai sekarang aku stil wondering apa akan jadik dlm hidup aku sekarang nih andaikata aku buat apa yg aku perlu buat dulu..
haruskah selamanya menyesali perkara sebegini atau harusnya terus menutup buku tentang hal2 yang dikesalkan?rasanya biarlah apa yg dikesalkan 2 dikenang sebagai impian yang xkesampaian dan kita seharusnya mencorak kehidupan sedia ada dengan kemas,cantik dan bermakna supaya tidak berulang lagi episod penyesalan dalam kehidupan kita.Life must go on so jika hanya hidup bersandarkan kenangan lampau semata tiada maknanya..
♥
MALAS
Saturday, November 07, 2009
sebenarnya banyak ja benda aku nak tulis.idea bercambah cuma lately nih aku rasa malas nak berblogging..maybe sbb letey sama kot.byk sgt aktiviti mgu nih..dari aktiviti sukan sampai la ke aktiviti mencari rezki..merata aku merantau dlm minggu nih..haih bakal anakku,tgklah betapa bersungguhnya ayahmu mencari rezki ;)
btw,masa aku bukak forum hkc td,ada la aku jumpa 1 blog menarik.blog tentang sejarah.byk fakta yang kita tak tahu ada dlm nih.kalo berminat or boring2,leh la layan web nih
http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/ ..very interesting.
pagi td b4 kuaq mai kedai,dan la tgk crita P Ramlee..keluara 69.dah byk kali tgk.cuma td tertengok part ramlee kena halau kuaq dr rumah.sekupang pun tadak.mintak tlg dr kawan2,kawan2 plak cabut lari..mcm 2 la dunia kan.ramai kawan waktu senang tapi waktu susah?
p/s:bersyukur dpt ramai kawan yang sanggup susah bersama.insyaAllah nanti kita senang bersama-sama
♥
Kawan
Monday, October 26, 2009
Kawan....setengah orang kata,dlm berkawan jangan memilih.tapi yang setengah lagi kata,dlm berkawan kena berhati-hati,kena pandai memilih kawan.so mcm mana ya?Kawan nih ada yang baik,ada yang tak berapa baik.kalo kena yang tak berapa baik tuh,nak wat mcm mana?xperlu kawan dah ka? :)
Memang susah dlm bab berkawan ni.ada kawan yang sangat2 baik.selalu ada disisi kita saat kita susah mahupun senang.tapi ada jugak kawan seperti dlm pepatah melayu "kawan ketika senang" saja.time susah kawan lari.sebabnya?sebab takut kita susahkan kawan.
Ada plak kawan jenis yang suka amek kesempatan dekat kita.makna kata berkawan itu tidak ikhlas la.ada yang jenis tak kenang jasa.dah byk kita bantu,alih-alih kita dipijaknya,ditikamnya.Ada jugak yang lupa pada kawan bila dah berjaya.Dulu rapat kini serupa tak penah kenal.bukan takat bila dah berjaya ja,ada juga bila dah berchenta,lupakan kawan-kawan jugak.
Adat la tuh.saja posting ttg nih.saja terfikir bab kawan nih.
♥